Adakah anda pernah mengalami pengalaman menjadi
mangsa penggodam atau kecurian identiti?
Berikut tip untuk anda melindungi diri dan
maklumat peribadi anda:
1. Tukar kata laluan untuk semua perkhidmatan
‘Online’ anda
Pastikan anda kemaskini semua perkhidmatan atas
talian atau ‘online’ anda seperti akaun media sosial dan perbankan untuk
mengelakkan jadi mangsa digodam. Tukarlah kata laluan untuk semua akaun anda.
2. Guna aksara kata
laluan yang lebih rumit
Elak mengunakan kata laluan yang mudah diteka
seperti nama anak atau tarikh lahir. Gunakan aksara yang lebih rumit untuk
akaun anda.
3. Jangan klik pautan emel dari invididu yang
tidak dikenali
Penggodam sering mengunakan taktik menghantar
kod perisian perosak 'malware' menerusi emel.
Jangan klik kepada pautan yang
dihantar oleh individu yang tidak dikenali, kerana pautan berkenaan mungkin
mempunyai 'malware' yang mungkin akan jangkiti komputer atau peranti anda.
'Malware' ini mampu mendedahkan identiti anda
seperti kata nama dan kata laluan kepada pengodam.
4. Semak URL, pastikan bukan laman web palsu
Penggodam boleh
memperolehi kata nama dan kata laluan anda, jika anda tersalah memasukannya ke
dalam laman web palsu.
Wujud laporan beberapa laman web media sosial
dan bank pernah berhadapan dengan kes laman web palsu yang bertujuan untuk
mencuri kata kunci penguna.
5. Kemaskini antivirus dan 'firewall' web
Kebanyakan perisian
antivirus akan dikemaskini secara automatik, penting untuk pengguna sentiasa
memastikan perisian itu diperkemas kerana ia merupakan pelindungan pertama
daripada sebarang ancaman siber.
0 comments:
Post a Comment