![]() |
B9, ambulans sumbangan rakyat Malaysia |
Kuala Lumpur – Sebuah ambulans yang dikenali B9 hasil sumbangan rakyat Malaysia
telah musnah dalam satu serangan udara di Idlib Syria Jumaat lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Lifeline for Syria (MLFS),
Syahrir Azfar Salleh, serangan itu dipercayai dilakukan oleh tentera kerajaan
Syria yang menyebabkan lima buah ambulans lain musnah dan tiga orang awan
terkorban.
“Sebanyak 10 lagi pegawai perubatan cedera namun tentulah yang
menyedihkan apabila B9 hancur sedangkan pembelian ambulans tersebut ditaja
sepenuhnya oleh rakyat Malaysia sebagai tanda keprihatinan rakyat negara ini
terhadap mangsa-mangsa konflik di Syria.
![]() |
Keadaan B9 sebelum serangan tentera Syria |
“Kita perlu mengutuk serangan ini kerana kenderaan-kenderaan tersebut
begitu berjasa kerana telah menyelamatkan ratusan nyawa rakyat Syria dan tidak
sepatutnya menjadi sasaran serangan,” katanya dalam satu kenyataannya.
Katanya lagi, B9 adalah salah satu daripada 100 buah ambulans yang
menyertai konvoi perpaduan menghantar ambulans dari United Kingdom ke Syria
April lalu.
“Pada Jun lalu, ambulans B9 lengkap dengan bendera Malaysia, Jalur
Gemilang telah dirakam oleh badan penyiaran British Broadcast Company (BBC)
apabila berjaya menyelamatkan mangsa-mangsa serangan bom di Idlib beberapa jam
selepas memasuki Syria,” katanya.
![]() |
Keadaan B9 selepas diserang |
Menurutnya, sebanyak tujuh daripada 100 ambulans yang terlibat dalam
konvoi perpaduan ini telah ditaja oleh rakyat Malaysia melalui beberapa buah
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk misi kemanusiaan.
“Iaitu, Muslim Volunteer Malaysia, Tangisan Syria Di Bumi Jordan, Global
Peace Mission dan rakan korporat Affin Islamic, selain MLFS sendiri.
“Kita meminta rakyat negara ini terus mendoakan kedamaian di Syria
dengan baki ambulans yang ada di sana tidak lagi menjadi sasaran serangan,”
katanya.
0 comments:
Post a Comment