Kelihatan Seperti 'Buah Epal' Tapi Paling Beracun.

Buah paling beracun

Di atas muka bumi ini, semua hidupan mempunya cara tersendiri untuk melindungi diri daripada pemangsa, selain dihuni oleh binatang berbisa dan beracun, terdapat juga tumbuh-tumbuhan yang beracun.

Salah satu tumbuhan beracun adalah terdapat di Florida, Caribbean, Amerika Tengah dan Amerika Selatan, namun banyak lagi ditemui di negara lain.

Jika anda melawat ke tempat ini, maka jauhkanlah diri anda dari sejenis pokok yang dikenali ‘Manchineel Tree” ini.

‘Manchineel Tree’ ini mengandungi toksik paling beracun di dunia. Ia merupakan sejenis tumbuhan berbunga dari genus Hippomane.

Ciri-ciri pokok ini adalah, ia boleh tumbuh mencapai sehingga 15 meter ketinggian, kulit batang pokok berwarna kelabu, daun hijau berkilat, berbunga kecil kehijauan, buahnya kelihatan seperti buah epal hijau dan berbau wangi.

Namun, pokok ini akan adalah sangat beracun dan boleh membawa kesan sangat teruk kepada kesihatan manusia.

Kesan getah menyebabkan kulit melecur.

Kesan jika menyentuh kulit dan daun pokok ini adalah ia akan menyebabkan radang pada kulit.

Selain itu, cairan getah daripada pokok Manchineel ini juga akan menyebabkan melecur dan bengkak. Disebabkan itulah tiada sesiapa pun yang dibenarkan berada di bawah pokok ini semasa hujan.

Sementara itu, pembakaran pokok ini ditempat terbuka juga dilarang sama sekali kerana asap yang dihasilkan akan menyebabkan buta jika terkena mata. Buta kekal juga boleh berlaku.

Melalui banyak kajian, kandungan bahan pokok ini iaitu Ester Phorbol Tigliane adalah pencetus utama tidak balas ekstrem itu.

Manchineel tree mempunyai buah seperti buah epal

Walaupun hanya memakan buahnya dalam jumlah sedikit, kesannya akan menyebabkan anda dikejarkan ke bilik kecemasan dan juga boleh membawa maut.

Walaupun tiada rekod kematian dalam perubatan moden, namun rekod sejarah banyak menceritakan kematian berkaitan pokok tersebut.

Pada abad ke-16, orang asli Florida sering mengikat tentera Sepanyol di bawah pokok Manchineel. Mangsa akan ditinggalkan tanpa berpakaian, apabila hujan turun, kulit mereka akan terbakar dan menjadi. Seksaan berterusan sehingga berakhir dengan kematian.

Walaupun begitu, pokok ini juga mempunyai kegunaan lainnya.

Christopher Colombus turut pernah menamakan buah Manchineel sebagai 'Manzanita de la Muerte' yang bermaksud epal kematian untuk menakutkan penduduk Jamaica, tapi rupa-rupanya mereka sendiri sudah lama menggunakan gam daripada pokok beracun ini untuk merawat pelbagai penyakit kelamin.

Larangan berada di bawah pokok ketika hujan.

Malah, buah yang boleh membawa maut itu juga boleh digunakan sebagai diuretik, iaitu ubat untuk mengeluarkan urin dengan lebih banyak, selepas dikeringkan.

Selain itu, pokok kayu Manchineel juga boleh digunakan dalam pembuatan perabot seperti kerusi, meja makan dan almari.

Tapi, tidakkah dengan hanya menyentuhnya boleh membahayakan kulit? Dipercayai kualiti racun pada kayu pokok sebahagian besarnya akan hilang apabila dibiarkan kering di bawah matahari.

Cuma, sejauh mana kandungan racunnya betul-betul hilang masih lagi tidak diketahui. Jadi, menjauhi Manchineel adalah perkara paling selamat.
SHARE

Segala Info

Info dalam dunia

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Info Kesihatan