Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 Malaysia - Korea Utara Ditunda Lagi.

Perlawanan kini ditunda lagi ketiga kali.

Putrajaya: Perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dengan Korea Utara di Pyongyang pada 5 Oktober ini bakal ditangguhkan sekali lagi berikutan sekatan perjalanan ke negara itu dikuatkuasakan serta-merta oleh Kementerian Luar Negeri.

Larangan perjalanan rakyat Malaysia ke Korea Utara ini akan berlanjutan sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak, laporan kenyataan Wisma Putra. Keputusan itu diambil kerana faktor ketegangan semakin memuncak ekoran daripada beberapa siri ujian peluru berpandu Korea Utara.

Keputusan sekatan itu akan dikaji semula sebaik situasi kembali normal di Korea Utara.
"Rancangan kami adalah untuk dua perlawanan. Kini situasi adalah fokus hanya untuk satu perlawanan. Saya perlu pragmatik, kalau perlu menentang Korea Utara di Hong Kong. Kami harus bersedia.

"Kini, hanya fokus satu perlawanan menentang Hong Kong, tiada masalah," kata jurulatih pasukan kebangsaan, Nelo Vingada.

Perlawanan di antara kedua-dua pasukan sudah ditunda tiga kali, dengan jadual asalnya pada 10 Mac dipinda kepada 8 Jun, sebelum ditukar buat kali kedua kepada 5 Oktober.
SHARE

Segala Info

Info dalam dunia

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Info Kesihatan