![]() |
Zero alcohol |
Pada kali ini, umat Islam
sekali lagi dikejutkan dengan produk pengeluaran oleh sebuah syarikat arak
terkenal di Asia, Tiger yang mendakwa minuman itu sebagai sifar alkohol.
Menerusi laman Twitter milik pendakwah terkenal, Fathul Bari Mat Jahya, minuman itu adalah halal diminum kerana ramuan pada label tin menyatakan ia tidak mengandungi sebarang alkohol.
Dalam pada itu, anak bekas Mufti Perlis tersebut memberi gambaran bahawa isu berkenaan timbul ekoran namanya kebetulan sama dengan syarikat arak seperti rujukan terhadap nama binatang yang haram iaitu babi dan anjing.
Justeru, walaupun haiwan itu namanya memang adalah haram seperti babi laut atau anjing laut, namun ia tidak pula merujuk sama seperti ‘babi’ sebenar daripada sudut sifat zatnya.
Malah, hujah pendakwah itu turut disokong pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengatakan sesuatu minuman yang mengandungi alkohol kurang daripada 0.5 peratus adalah dibenarkan.
Kenyataan mufti itu dirujuk menerusi hujah tokoh Islam kontemporari terkenal, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi yang pernah mengatakan bahawa penggunaan kandungan alkohol hanya sebanyak 0.5 peratus adalah dibenarkan.
Selain itu, Zulkifli merujuk kepada kenyataan Muzakarah ke-22 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1988 mengenai isu kordial yang mengandungi bahan perasa alkohol bagi tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya;
1. Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak

2. Kuantiti alkohol dalam perasa itu sedikit iaitu tidak memabukkan.
Namun, pandangan ustaz, mufti dan ulama tersohor tersebut masih lagi dipertikaikan oleh ramai netizen yang dikatakan meragui terhadap cara penghasilan produk berkenaan pula.
Ada pihak mendakwa, sekiranya produk itu dihasilkan daripada bangunan yang sama satu bumbung mengeluarkan barangan haram, maka secara tidak langsung statusnya juga adalah tidak halal.
Malah lebih jelas, produk kontroversi sifar alkohol berkenaan pula secara terang langsung tidak memaparkan sebarang logo rasmi halal keluaran Jakim pada tin minuman tersebut.
Setakat ini, pihak Jakim dilihat masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan minuman yang dikatakan sebagai bebas alkohol itu.
Namun secara umumnya mengikut sudut Fiqah, jika seseorang Muslim itu berasa ragu-ragu terhadap sesuatu perkara, maka lebih afdal untuk terus meninggalkannya.
Hal ini kerana bimbang ia menjadi perkara syubhah yakni samar-samar antara yang halal dan haram.

0 comments:
Post a Comment