Tips Awet Muda oleh Pereka Fesyen Terkenal berusia 76 Tahun

Vivienne Westwood seorang pereka fesyen terkenal.

PARIS: Vivienne Westwood adalah pereka fesyen terkenal yang berusia 76 tahun namun beliau kelihatan lebih muda daripada umurnya.

Ratu fesyen itu, mendedahkan rahsia awet mudanya selepas menyaksikan pertunjukan mengagumkan suaminya, Andreas Kronthaler di Minggu Fesyen Paris.

Ketika ditanya wartawan kenapa beliau kelihatan begitu muda, Westwood menjawab “Jangan terlalu kerap mandi”.

Suaminya, 25 tahun lebih muda, yang digambarkan Westwood sebagai 'pereka terulung dunia, berkata "Dia cuma mandi sekali seminggu. Disebabkan itu, dia kelihatan cukup berseri-seri. Saya cuma mandi sekali sebulan."

Westwood adalah aktivis alam sekitar dan cuma memakan sayur-sayuran. Beliau berkata lagi bahawa beliau cuma membersihkan apa yang perlu dan tergesa-gesa keluar pada waktu pagi.

"Saya selalu tidak sempat mandi selepas Andreas," katanya.

Kronthaler, yang dikatakan mengilhamkan fesyen dipakai pelawak Sacha Baron Cohen dalam filem 'Bruni' pada 2009, mencapai kemuncak reputasi dengan pertunjukan di Paris yang menampilkan 68 rekaan dan 12 ukiran manusia yang dibalut dengan selimut.
SHARE

Segala Info

Info dalam dunia

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Info Kesihatan