Dua rakan bernasib baik
kerana masih hidup selepas terperangkap empat malam di tengah paya dipenuhi
buaya apabila kereta pikap mereka terperangkap ketika mahu pergi memancing.
Kenderaan dinaiki Beau
Bryce-Maurice, 37, dan Charlie Williams, 19, bersama anjing mereka Mindee
tersangkut di kawasan paya bakau kira-kira 100 kilometer dari utara Broome di
Kimberly ketika keluar memancing pada Jumaat lalu.
“Saya, Williams dan Mindee
seperti mati perlahan-lahan. Kereta kami tersangkut, tiada siapa dapat mencari
kami.
“Sesekali kami mendengar
bunyi kapal terbang. Kami dikeliling buaya yang cuba membaham anjing saya.
“Kami kekal positif dan
berharap ada orang datang menyelamatkan kami. Kami masih mempunyai 26 botol air
dan sedikit daging serta kerepek. Mujurlah ada rokok,” kata Bryce-Maurice dalam
video yang dirakamnya dari bumbung pikap.
![]() |
Keadaan mereka dalam kereta |
Air pasang berlaku setiap 12
jam sehingga hampir menenggelamkan kereta, memaksa mereka berlindung di atas
bumbung untuk mengelak reptilia itu.
Kedua-dua rakan itu akhirnya
diselamatkan selepas helikopter dari pelantar minyak berhampiran yang menyertai
polis dalam pencarian ternampak cahaya seterusnya membawa kepada penemuan
mereka.
“Keadaan sangat panas. Ini
pengalaman paling pahit pernah dilalui dalam hidup saya. Kami berpeluh setiap hari.
Kulit kami juga terbakar dan menggelupas,” kata Williams.
Katanya, mereka sangat bernasib baik kerana masih ada dua botol air yang tinggal ketika diselamatkan walaupun makanan sudah habis.
Polis tempatan berkata, dua
rakan itu amat bernasib baik sempat diselamatkan, malah menangis gembira
selepas ditemui. - Sumber Daily Mail
0 comments:
Post a Comment