![]() |
Ular tedung selepas ditangkap |
Tuaran - Seorang pekerja kilang cat nyaris dipatuk ular tedung dalam kejadian di tempat kerjanya Jalan JKR Tuaran, semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, pekerja berusia 30-an itu dikatakan cuba mengambil paip PVC sebelum menyedari seekor ular melingkar di bawah rak berkenaan.
Bagaimanapun, ketika mengambil paip ular tedung cuba mematuk tangannya namun sempat dielak.
Pengurus kilang berkenaan, Kwan Khar Kit, 40, berkata, sebaik menyedari kehadiran ular berkenaan, pekerja terbabit terus memaklumkan kepada rakan lain sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk bantuan segera.
Katanya, beberapa pekerja cuba menangkap haiwan itu tetapi gagal selepas ular berkenaan bertindak agresif cuba menyerang mereka.
Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Tuaran, Paulina Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.14 petang sebelum mengerahkan tiga anggota ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba kami dapati ular tedung berwarna hitam sepanjang lebih 1 meter itu berada di bawah rak paip PVC di kilang berkenaan. Anggota APM berjaya menangkap reptilia itu menggunakan pencangkuk dan penyepit,” katanya.
0 comments:
Post a Comment