SEOUL: Korea Utara memberi
gelaran 'orang tua nyanyuk' kepada Presiden, Donald Trump berhubung tindakannya
mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Menurut media tempatan,
gelaran itu menambah koleksi kata ejekan terhadap Presiden Amerika Syarikat
itu.
Trump dan pemimpin Korea
Utara, Kim Jong-un saling berbalas serangan lisan dan peribadi, sejak beberapa
bulan kebelakangan ini dan ketegangan semakin memuncak selepas ancaman peluru
berpandu dan nuklear oleh Pyongyang.
Negara komunis itu turut
menyertai kecaman antarabangsa yang tidak bersetuju keputusan Trump berhubung
Baitulmaqdis, malah menyelar presiden AS itu sebagai 'licik dan jahat'.
"Orang tua nyanyuk itu
secara terang-terangan melakukan kemusnahan kepada sebuah negara berdaulat di
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Bagi mereka yang
mengenalinya, ia tidaklah mengejutkan sangat.
"Tindakannya itu jelas
menunjukkan siapa sebenarnya yang cuba menghancurkan dunia, membunuh keamanan
dan keamanan selain layak dipanggil penyangak antarabangsa," kata
jurucakap Kementerian Luar yang dipetik agensi berita KCNA.
Pengiktirafan Baitulmaqdis
sebagai ibu negara Israel yang diumumkan Trump pada Rabu lalu disusuli rancangan
memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv bukan sahaja mengundang
kemarahan dunia Islam tetapi turut menerima bantahan dan kritikan sekutu
Washington. - AFP
0 comments:
Post a Comment